Seminar WordPress oleh Akademi Denaihati

Seminar WordPress oleh Akademi Denaihati
Logo Akademi Denaihati

Laporan promosi khas dari Denaihati.com dalam entri Seminar WordPress : Produk Baru dari Akademi Denaihati.

Assalamualaikum dan salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkanAkademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.

Untuk merealisasikan projek ini, pihak kami memperkenalkan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:

SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPATHotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH14 – 15 April 2012
MASA9 Pagi – 6 Petang
YURANRM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012)
RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)

 

Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:

  • Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.

Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.

Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh daftar dan buat pembayaran ke akaun berikut:

CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)

Setelah selesai buat pembayaran, sila emailkan kepada kami butiran berikut ke [email protected]

  • Nama
  • No Telefon
  • Email
  • Bukti pembayaran
  • 3 Nama pilihan domain

Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya.

Ini merupakan event pertama seumpama ini di adakan oleh pihak Akademi Denaihati. Akademi Denaihati ingin pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan lebih ramai graduan yang boleh membina kerjayanya melalui internet. Adakah anda ingin bersama kami?

Laporan promosi khas dari Denaihati.com dalam entri Seminar WordPress : Produk Baru dari Akademi Denaihati.

3 Comments

  1. yas

    baru je nak buat entri yg sama…aku mkn x dpt join time nih…dateline keje masa tuu

    1. muazfaris

      oh tu bkn utk wp ke? gaya cam nak gerak dari blogspot ke wp..hehe

      1. yas

        He3x!! Plan tu ada…masa je tak tau bila..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *