Settings dulu untuk Cabaran RM10k

Gambar Settings dulu untuk Cabaran RM10k 1

Cabaran 10k ini adalah sambungan artikel saya daripada artikel cabaran rm10k sebelum ini, bagi mereka yang nak baca pengenalan awal mengenai cabaran ini, boleh ke sini.

Baiklah, sambungan kali ini saya nak kongsikan beberapa settings yang saya buat untuk cabaran 10k ini. Ye lah, sebelum anda berperang, anda mesti ada buat persiapan dulu. Kang masuk terus dalam medan pertempuran terus kalah.

Oleh itu, untuk elakkan sebarang perkara yang tidak diingin berlaku, maka saya kongsikan settings apa saya buat. Cuma settings ni akan banyak, tapi kena pelan-pelan kayuh untuk buat satu-satu settings ini.

Untuk peringkat awal ini, demi menyahut cabaran 10k maksudnya dengan cabaran ini kita boleh dapatkan 10k pertama, perkara paling penting dalam ini adalah pemilihan produk.

Saya cuba cari beberapa produk yang ada dipasaran untuk dimasukkan dalam cabaran kali ini, cuma saya ingin fokus pada produk yang ada kriteria seperti berikut:

  1. Margin boleh cover kos ads
  2. Ada support team yang strong
  3. Ada proven result yang boleh di duplicate
  4. Mudah dan senang

Ok, saya pasti mungkin banyak sahaja produk dan konsep yang sama dibuat sekarang ni. Jika ada tanya saya, kenapa tak buat cabaran 10k ini dengan produk sendiri? atau create something new?

Ok, sebenarnya cabaran ini bukan saya nak ceritakan untuk cipta satu produk dan cuba dapatkan jualan 10k, tetapi cabaran ini lebih saya nak cerita apa strategi yang boleh digunakan tak kira produk apa dan capai 10k.

Oleh sebab itu, kriteria tersebut bagi saya cukup bagus untuk diikut. Dan saya pun dah jumpa beberapa jenis produk dan team yang bagus. Oh ya, sebelum saya terlupa juga, cabaran saya kali ini juga adalah lebih kepada konsep jadi agen dropship, affiliate ataupun stokis.

Setelah penelitian yang buat, akhirnya saya tekad hanya untuk jadi agen dropship sesuatu produk ini, dan cuba capai jualan 10k yang pertama daripada produk ini.

Mencabar sungguh.

Tapi takpe, yang penting margin produk tersebut mesti tinggi dan boleh cover kos ads dan saya spesifik kan lagi yang saya akan lebih utamakan penggunaan pengiklanan Facebooka tau FB ads untuk sahut cabaran rm10k ini.

Dah bersedia?

Produk apa yang saya nak guna?

Macam saya bagitau di atas, setelah beberapa penelitian dan perbandingan yang saya buat untuk produk-produk atas talian ini, saya jumpa satu produk yang saya nak cuba. Ini masih cuba-cubaan, kalau gagal cabaran 10k ini, nampaknya mungkin saya kena tukar ke produk lain pula.

Nama produk ini adalah Zafesha Simply Foundation atau nama glamournya sekarang adalah ZS Foundation. Dalam niche kecantikan (health and beauty). Margin dalam sekitar 20-30% untuk satu jualan. Jadi bagi saya cukup dah saya cuba produk ini dulu.

Yang betul-betul saya nak cerita artikel kali ini adalah mengenai settings tetapan yang saya buat, cuma dalam ini mungkin saya cerita mengenai facebook page yang saya gunakan.

Saya kongsikan ini untuk sesiapa yang baca ini boleh lihat dan perhatikan apa yang buat dengan page ini. Jadi anda boleh lah ‘copy paste’ strategi yang sama, tak kira guna produk yang sama ataupun guna produk yang lain samada niche yang lebih kurang atau tidak.

Jadi saya dah buat satu page namanya Jelita Walau Berusia. Saya pun tak tahu apa sebab dan asbab nama macam tu dan apa yang menarik, cuma kita cuba sahaja dulu dan tengok samada boleh pergi atau tidak facebook page ini dalam tempoh cabaran ini.

Gambar Settings dulu untuk Cabaran RM10k 2

Buat masa awal ini, saya letak dulu beberapa posting gambar dan ayat-ayat sikit sebelum saya cuba untuk memulakan langkah pertama untuk run pengiklanan facebook atau FB Ads.

Banyak sebenarnya saya nak kongsikan, kekadang tu kan kongsikan tapi takut tak ramai dapat manfaat. Harap-harap sesiapa yang baca ini dapat lah sedikit manfaat dan boleh cuba strategi yang sama nanti.

Stay tuned untuk lebih perkongsian macam ini di Misi 10k.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *