Gambar Teknik "simple tapi power" saya untuk settings FB Ads khas untuk audience Customer 1
Pemasaran Digital

Teknik “simple tapi power” saya untuk settings FB Ads khas untuk audience Customer

Sementara saya tengah setup iklan saya, saya fikir alang-alang tu lebih baik saya kongsikan kepada anda semua bagaimana saya settings FB ads khas untuk audience customer.

Saya sudah lama juga gunakan teknik ini dan cara ini boleh jadi tidak sesuai untuk semua orang.

Jadi apa yang nak saya tekankan di sini, apa-apa pun teknik yang dipelajari di mana-mana, pastikan anda belajar dan cuba dahulu dalam bisnes anda.

Boleh jadi teknik ini tak sesuai. Boleh jadi sangat sesuai.

Itu satu part.

Tapi satu part yang lain adalah teknik ini bagi saya sangat “simple tapi power”, cumanya teknik ini tak sesuai kalau nak digunakan pada audience baru atau yang biasa kita pakai iaitu Cold Audience.

Cara nak setup iklan pada audience Customer.

Jom mulakan

1 – Run guna objektif Reach

Saya suka guna objektif ini sebab kita tahu yang Facebook akan hantar mesej iklan kita pada audience segmen yang kita dah ada seperti pelanggan kita tanpa kita perlu minta Facebook untuk bersusah payah optimize kan kempen iklan kita.

2 – Pastikan audience kecil

Audience sememangnya akan kecil jumlahnya berbanding dengan jumlah prospek. Objektif reach ini akan mudah untuk digunakan pada audience pada segmen tertentu berbanding untuk berjalan pada jumlah audience yang sangat besar.

3 – Letakkan bajet rendah sahaja setiap hari

Sebagai contoh, anda boleh cuba untuk letakkan RM15 sehari jika audience tidak sampai 10,000. Biarkan sahaja iklan ini berjalan tanpa ragu-ragu sebab anda tahu yang customer anda sahaja yang akan lihat.

4 – Monitor iklan ini bukan harian tapi ambil tempoh lebih lama

Untuk audience customer biasanya jika anda melihat data pada setiap hari, anda akan perasan yang iklan ini tidak membawa keuntungan, tetapi apabila data itu diambil secara lebih 7 hari baru anda akan perasan yang iklan anda membawa keuntungan yang lumayan.

Gambar Teknik "simple tapi power" saya untuk settings FB Ads khas untuk audience Customer 2

5 – Frequency Cap letak 90 impression dalam 1 hari

Kenapa 90? Sebab ini adalah had paling tinggi untuk kita masukkan jumlah. Kalau ikutkan saya, saya ingin sahaja masukkan angka yang lebih besar. Tips nya di sini supaya iklan kita itu keluar banyak kali pada audience kita dalam sehari.

Ok itulah secara ringkas saya kongsikan 5 cara dan tips bagaimana anda boleh run iklan objektif reach pada audience customer atau pelanggan anda.

Ini hanya pada part settings, pada part creative pula saya tak tekankan dalam blogpost kali ini. Mungkin jika ada kesempatan saya kongsikan.

Semoga bermanfaat dan dapat poin-poin bagaimana anda nak maksimumkan audience customer anda ketika run kempen FB Ads.

Jika perlukan bantuan ataupun coaching secara personal, gunakan Live Chat ataupun pergi ke halaman hubungi saya. Terima kasih.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *