011-15086763 [email protected]

Teknik Bidding CPM guna Power Editor adalah suatu teknik terbaru untuk mengoptimumkan bid CPM kepada 4 kategori lebih khusus. Saya berminat untuk kongsikan Teknik cara bidding CPM terbaru dari Power Editor dan saya jamin mesti ada usahawan internet yang marah saya sebab saya dedahkan teknik bid facebook ads ini secara percuma.

Saya akan jelaskan secara ringkas dengan membuat perbandingan Teknik Bidding CPM/CPC guna settings BIASA dan Teknik Bidding CPM/CPC guna POWER EDITOR. Dan yang POWER mesti lah super power kan?

Semua penerangan ini saya tulis atas apa yang terlintas dalam kepala saya, jika ada yang terlepas..boleh PM atau DM saya di facebook atau twitter, insyaAllah usaha anda itu akan saya reply dengan kadar segera.

Ayuh.

Teknik Bidding CPM/CPC – Biasa

teknik bid cpm cpc biasa basic

 

Jika anda lihat pada setting di atas.. ini adalah cara bidding CPM guna cara BIASA, anda tidak dapat control iklan CPM. Yang paling menyedihkan cara bidding ini akan menyebabkan duit anda akan habis seperti air yang deras.

Anda baru sahaja buat iklan, 5 minit kemudian anda lihat duit anda sudah habis.. yang paling malang sekali apabila iklan tersebut tidak mendapat sambutan.

Teknik Bidding CPM – POWER EDITOR

teknik bidding cpm power editor terbaru

 

Ok, ini pula teknik guna power editor. Anda boleh lihat ia mempunyai settings yang sama dengan BIASA seperti CPC, CPM , optimized CPM. Tetapi ada satu settings baru yang ramai tak sedar dan cara ini sangat baru. Cara ini mampu lebih fokus untuk iklan CPM dan mampu mengurangkan faktor duit anda habis deras seperti air.

Bidding CPM ini terbahagi kepada 4 kategori.

  1. klik
  2. Capaian (reach)
  3. Sosial impression
  4. action (like, komen, share)

Jadi dengan cara ini kita boleh asingkan berapa jumlah duit yang kita nak laburkan kepada 4 kategori yang mana teknik ini tiada pada settings BIASA

Apa yang saya lihat, jika pada settings BIASA sudah di compile kan semua kategori ini membuatkan kita tidak fokus pada iklan CPM kita.

Sebagai contoh, jika RM100 kita laburkan pada iklan CPM, kita boleh asingkan RM20 untuk Klik, RM20 untuk reach, RM20 untuk social impression dan RM20 untuk Action.. bukan kah itu lebih targeted kan?

Bagi mereka yang lebih pandai mengambil peluang, mereka akan sedar dengan cara Teknik Bidding CPM guna Power editor dalam pemasaran facebook , akan menyebabkan perniagaan internet mereka lebih menguntungkan.. (masyuk!)

Tak caya? Kaji dahulu..kemudian bertindak lah !

 

Mahu sertai BENGKEL FACEBOOK A+ | Kursus Lengkap Pemasaran Facebook? Jooom join SINI.

 

Persoalan tentang “Teknik Bidding CPM guna Power Editor”? Klik butang di bawah..

[pnotifypro text=’PM saya di facebook’ size=’large’  list=’6239254′ autoresponder=’facebook’ redirect=’http://facebook.com/messages/muazfarisdotcom’]