Saya melihatkan situasi mahasiswa yang sedang menduduki peperiksaan akhir di universiti masing-masing, tergerak untuk saya kongsikan bersama 7 tips pengurusan masa semasa peperiksaan akhir universiti.
Bagi saya, mereka yang cemerlang (mumtaz) dalam peperiksaan bukan lah bergantung 100% dalam usaha dan cara pembelajaran tetapi lebih kepada pergurusan masa yang baik dan cemerlang semasa musim imtihan ini.
Bagi setiap mahasiswa, peperiksaan imtihan adalah ‘nightmare’ bagi kita semua. Masa yang sangat terhad dengan pelbagai maklumat dan buku-buku yang banyak tidak dibaca lagi menyebabkan kita semakin risau sehinggakan ada yang sanggup tidak mahu tidur dan makan semata-semata kerana itu.
Justeru, 7 tips pengurusan masa (time management) ini sangat penting untuk anda.
Langkah 1 : Dapatkan tidur yang kualiti
Ramai yang berfikiran bahawa dengan masa yang sangat sedikit membuatkan anda menyusun jadual sehinggakan masa tidur pun anda kurangkan. betul tak? Sebenarnya Salah. Tidur yang tidak cukup atau kurang kualiti sebenarnya menyebabkan lebih banyak masa anda perlukan untuk lebih study oleh hal keletihan serta badan dan otak kurang aktif dan mudah mendapat penyakit. Jadi, jika anda berfikiran untuk mengurangkan kadar tidur, saya cadangkan dapatkan tidur yang berkualiti tinggi.
Langkah 2 : Pilih Keutamaan yang betul
Sebagai mahasiswa yang beragenda, kita akan ada banyak perkara yang berada dalam list “to-do” seperti menghafal, buat past year, buat nota dan sebagainya. Oleh sebab itu, kaji dan pilih keutamaan yang paling penting terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda perlu buat perkara A, tetapi anda merasakan perkara B lebih penting untuk peperiksaan. Maka, pilih perkara B terlebih dahulu.
Langkah 3 : Sediakan “Masa Tambahan”
Ya, anda perlu sediakan Masa Tambahan. Walaubagaimana hebat pun anda sebagai seorang pelajar mahasiswa cemerlang, ada masanya agenda yang anda rancang mungkin tidak seperti apa yang didambakan. Contoh mudah, dalam musim imtihan ini akan berlaku perkara yang tidak diingini seperti buku hilang, kesihatan tidak stabil, kerap pening, laptop rosak dan sebagainya. Oleh itu, amatlah perlu untuk anda sediakan “Masa Tambahan” dalam perancangan supaya dapat menampung perkata yang tidak diingini berlaku.
Langkah 4 : Rancang masa untuk Bertenang
Peperiksaan akhir tahun universiti sangat ‘Stressful’ sehingga anda tidak sedar sudah tamat. Mahasiswa akan berdepan dengan tekanan mental, kurang tidur, keletihan dari awal musim imtihan hingga ke akhir musim imtihan. Anda perlukan Pembelajaran Berkualiti untuk mendapat keputusan yang cemerlang, amat penting untuk mengadakan masa bagi bertenang dan merehatkan pemikiran. Mungkin boleh dicadangkan masa selamat 20 minit untuk rehatkan minda dengan mendengar lagu, melihat video online dan sebagai. Justeru, otak anda boleh berehat bagi lebih mudah menghadam maklumat dan ilmu selepat itu.
Langkah 5 : Jangan bergantung pada Jalan Pintas
Ramai mahasiswa termasuk saya sendiri kadang kala mengambil kopi, teh atau air bertenaga untuk mendapat tenaga dan mengelak mengantuk pada larut malam. Bagi saya, ini bukanlah idea yang bagus kerana kopi, teh atau air bertenaga hanya akan memberikan sekejap sahaja tenaga dan kemudiannya anda akan keletihan semula. Sebaliknya, anda boleh ambil protein atau sayuran untuk mendapat tenaga berpanjangan sepanjang hari dan lebih segar setiap pagi.
Langkah 6 : Meminta pertolongan apabila anda perlukan
Adakala pelajar mahasiswa merasa segan atau bersalah untuk meminta pertolongan kepada rakan yang lain kerana risau menganggu pembelajaran kawan kawan pada saat-saat musim peperiksaan. Tetapi bagi saya, amat mustahil seseorang itu boleh cemerlang peperiksaan tanpa bantuan atau tukar-tukar idea dari kawan kawan lain. Jadi, anda boleh bertanya atau meminta kawan anda mengajar apa yang anda perlukan bantuan.
Langkah 7 : Elakkan Perkara-perkara yang tidak membina
Semasa peperiksaan akhir tahun sebagai seorang pelajar akan merasa cepat bosan kerana asyik menghadap buku. Meluangkan masa beberapa minit dengan Facebook atau YouTube sangat bagus tetapi menghabiskan masa sehingga satu jam amat berbahaya ketika musim imtihan. Ya Betul kita perlukan waktu rehat, tetapi kita perlu ingat untuk kita menjadi lebih bijak dan smart dalam menguruskan masa kita. 1 minit sangat bermakna ketika musim peperiksaan akhir ini.
Semoga 7 tips mengurus masa ketika final exam ini dapat membantu anda untuk mendapat pengurusan dan jadual masa belajar yang baik dan cemerlang (mumtaz) ketika musim ini.
Diharapkan dapat berkongsi bersama di Facebook, Twitter atau lain-lain medium. Setiap butang share yang anda klik, akan membantu rakan anda beroleh keputusan yang baik disamping mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. Bukankah itu lebih bermakna? (http://muaz.my/16JNbiy)
Pengurusan masa yang baik amatlah perlu, bahkan untuk semua orang =)
Kalau stress, waktu asar main game !! Lepas maghrib study balik.
Kehadapan Syamil yang hensem, waktu Asar kita beraksi bersama di COD… hihi
memang penting untuk menguruskan masa bila time exam.. bagus-bagus
kena start dari awal dan praktikkan cara pengurusan masa nih klo tidak dah nak dekat2 exam memang berterabur
tips yang bagus boleh di amalkan…
Tips yang osem… Eh dah lain dah blog… Lama tak meninggah 🙂
tukar template thesis 2.0
wahh blog dah semakin cantik,
pengurusan masa sangat penting bagi meraka yang belajar, tambah-tambah lagi waktu exam
mmg berguna tips ni…selalu sgt amalkan study last minute ni..esoknya memang tido je keje dlm dewan…:)
menarik..
tips common tp klw slalu d amal bagus
Sekarang cheq tengah menduduki final exam. Memang sangat stress. Allah je yang tahu.. Terima kasih untuk tips ini. Sangat bermanfaat
Woww, seronok baca penulisan ni.
Banyak tips yang simpel tapi cukup buat saya terlena dengan kata-katamu.
hihih … Okay thanks ya Muaz. 🙂
Nanti ada masa kita jumpa ya. 🙂
betul, banyakkan tidur. hehe..