Ucapan dan Pantun Raya Aidilfitri yang menarik dan seronok untuk dikongsi di media sosial

Gambar Ucapan dan Pantun Raya Aidilfitri yang menarik dan seronok untuk dikongsi di media sosial 1

Salam 1 Syawal dan selamat hari raya aidilfitri.

Buat sesiapa yang membaca perkongsian saya kali ini dan sedang mencari ucapan dan pantun raya aidilfitri yang menarik, evergreen, best, seronok dan viral untuk dikongsikan di media sosial seperti facebook, instagram, whatsapp ataupun telegram sekalipun, mungkin anda berada di tempat yang betul.

Tapi mungkin juga tidak! Cuma jangan lah cepat sangat keluar. Huhu

Dalam perkongsian serba ringkas ini, memang saya akan kongsikan ucapan dan pantun raya aidilfitri yang tengah hot dan viral sekarang ini. Korang nak ‘copy-paste‘ pun tiada masalah yang besar sangat. Silakan! Sebab saya pun belum menjumpai sumber asal (ketika artikel ini ditulis).

Buat pengkarya, saya mohon izin untuk pinjam ye dan share di sini.

Buat pembaca budiman, cantik dan hensem, saya tak berniat nak senaraikan semua ucapan dan pantun raya yang begitu banyak. Kalau betul-betul nak, cuba la free-free untuk ‘google‘ ataupun buat kajian lapangan sikit.

Yang ada dalam simpanan saya sekarang ini dan saya nak kongsikan dalam artikel kali ini adalah ucapan pantun raya aidil fitri yang saya sendiri gunakan dan kongsikan di media sosial facebook saya.

Cuma anda boleh tengok berapa jumlah likes, share dan komen. Kalau tak banyak komen tu, mungkin tak best kot. hihi.

Versi 1 – Ucapan Pantun Raya

Ok, inilah versi embed post nya. (kalau anda baca, tapi link tak aktif.. maksudnya saya dah padam la tu. hihi).

Gemersik takbir mengundang hiba
Salam diutus tanda ingatan
Syawal dinanti menjelang tiba
Salam diutus pohon kemaafan. - Muaz Faris

 

Versi 2 – Ucapan Pantun Raya

Dan ini satu lagi versi yang saya suka, cuma yang ini saya share dan foward banyak-banyak di whatsapp sahaja. Nak sahaja saya share screenshot di sini tapi dah terlepas beberapa hari.

πŸ’˜ Dalam GURAU ada terkata,
πŸ’˜ Dalam BICARA terkasar bahasa,
πŸ’˜ Dalam TINDAKAN terguris rasa,
πŸ’˜ Dalam HIDUP βœ—ada yg βœ—buat dosa..

πŸ’˜ Satu Syawal bakal menjelang tiba,
πŸ’˜ Takbir bergema mengegarkan jiwa,
πŸ’˜ Sekiranya ada salah dan dosa,
πŸ’˜ Ampun dipinta dihari mulia.

πŸ’˜ Ketupat pulut di atas para,
πŸ’˜ Hendak direbus di tepi perigi,
πŸ’˜ Whatapp dihantar pengganti kad raya,
πŸ’˜ Tanda ingatan di aidil fitri.

* 。 β€’ ˚ ˚ Λ› ˚ Λ› β€’
β€’ ˚Selamatβ˜…* 。 β€’ ˚ ˚ Λ› ˚ Λ› β€’
β€’γ€‚β˜…Hari Raya!β˜… 。* β€’ Λšγ€‚
Β° 。 Β° Λ›ΛšΛ› * _Ξ _____*。*˚
˚ Λ› β€’Λ›β€’Λš */______/~οΌΌγ€‚Λš ˚ Λ›
˚ Λ› β€’Λ›β€’ ˚ | η”°η”° ο½œι–€ο½œ ˚

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDULFITRI YG BAKAL TIBA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Cukup dahulu di sini. Nanti jemu pula informasi pasal ucapan pantun raya ini.

Kalau menarik, tolong lah kongsi-kongsi kepada kawan-kawan yang lain. Kalau tak menarik, tinggalkan komen untuk saya perbaiki kehadapan. (No heart feeling).

Jumpa lagi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *